Perbincangan dua hala Malaysia-Singapura satu 'permulaan baik'

Hasni
Hasni
A
A
A

KULAI - Kesediaan Singapura untuk membincangkan mengenai isu hubungan dua hala termasuk sempadan perjalanan dengan Malaysia baru-baru ini adalah ‘permulaan baik’ bagi kedua-dua negara.

Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata, langkah itu membuktikan Singapura juga sedang mencari jalan dan kaedah untuk meningkatkan perniagaan dan perjalanan antara rakyat Malaysia dan Singapura.

“Seperti yang kita semua ketahui, dua hari lepas, Menteri Luar (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) bertemu rakan sejawatnya (Dr Vivian Balakrishnan) di Singapura untuk membincangkan beberapa isu hubungan dua hala yang saya percaya akan memberi banyak manfaat kepada Johor.

“Walaupun saya boleh katakan tidak semua permintaan dapat dipenuhi ketika pertemuan itu, tapi sekurang-kurangnya ia memberikan harapan buat kita.

“Negara jiran kita akan mempertimbang hal perikemanusiaan, bagi keluarga berada di sini atau keluarga yang menghadapi situasi tidak diingini, ahli keluarga dapat melakukan perjalanan dengan prosedur dipermudahkan,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut itu ketika berucap pada majlis pecah tanah United Kotak Bhd 2 di SME Industrial Zone, Bandar Indahpura di sini hari ini.

Pada Ahad lepas, kedua-dua negara bersetuju untuk mewujudkan peraturan Keperluan Prosedur dan Kemasukan bagi Lawatan Kecemasan berkaitan Kematian dan Penyakit Kritikal (DCEV) untuk kedua-dua negara, dengan pelaksanaan peraturan rentas sempadan yang ketat.

Malaysia dan Singapura juga bersetuju meneruskan perbincangan ke arah usaha mengembalikan perjalanan rentas sempadan secara beransur dan selamat, selain langkah-langkah pembukaan semula sempadan, yang akan dilaksanakan mengikut situasi Covid-19 di kedua-dua negara. - Bernama

Artikel Berkaitan: