Solat Aidilfitri hanya dibenarkan di kawasan PKP, PKPB, PKPP

Solat Hari Raya Aidilfitri dibenarkan kecuali di kawasan PKPD.
Solat Hari Raya Aidilfitri dibenarkan kecuali di kawasan PKPD.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Solat Hari Raya Aidilfitri tidak dibenarkan di surau dan masjid di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata, solat hari raya dan takbir dibenarkan di masjid dan surau yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri.

“Amalan takbir dari rumah ke rumah kawasan di kawasan PKP, PKPB tidak dibenarkan,” katanya pada sidang akhbar mengenai PKP, PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) pada Selasa.

Ismail Sabri menambah, ziarah hari raya bagi negeri PKP hanya dibenarkan pada 1 Syawal dengan kehadiran tetamu tidak lebih 15 orang mengikut kawasan rumah mengikut prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

“Bagi PKPB dan PKPP, ziarah dibenarkan pada 1 hingga 3 Syawal tetapi bagi kawasan PKPB kehadiran tetamu terhad kepada 20 orang pada satu masa mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal manakala bagi kawasan PKPP pula tidak melebih 25 orang.

“Bagi kawasan PKPD, mereka tidak dibenarkan melakukan ziarah hari raya, hanya keluarga dalam rumah yang dibenarkan,” jelas beliau.

Sementara itu, menurut Ismail Sabri, untuk aktiviti ziarah di tanah perkuburan hanya dibenarkan di kawasan PKPB dan PKPP dengan syarat enam orang bagi satu lot atau petak kubur dengan masa lawatan tidak melebihi 30 minit.

Katanya, aktiviti ziarah kubur tidak dibenarkan di kawasan yang berada di bawah PKP dan PKPD.

Artikel Berkaitan:

Pada masa sama, beliau memaklumkan penganjuran rumah terbuka tidak dibenarkan di seluruh negara.