Polis panggil 8 individu siasat majlis tahnik anak selebriti

Perkongsian majlis tahnik anak Siti Nurhaliza yang dihadiri oleh beberapa individu ternama baru- baru ini.
Perkongsian majlis tahnik anak Siti Nurhaliza yang dihadiri oleh beberapa individu ternama baru- baru ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis telah memanggil lapan individu setakat Selasa untuk dirakam keterangan berhubung majlis tahnik yang diadakan seorang penyanyi tersohor tanah air didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, lapan individu ini termasuk penganjur majlis terbabit.

"Kes masih lagi dalam siasatan dan sedang mengesan serta akan memanggil semua individu yang berkaitan dengan kes untuk dirakam keterangan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Pada Isnin, Mohamad Farouk dilaporkan berkata, siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima satu laporan mengenai majlis itu.

Kes disiasat mengikut Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Sebelum ini, tular di media sosial beberapa gambar berkaitan gambar majlis tahnik bersama majlis akikah yang diadakan penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza di kediaman mereka di Bukit Antarabangsa Ampang, Selangor pada 26 April lalu selepas melahirkan anak keduanya, Muhammad Afwa.

Antara VVIP yang dikatakan hadir pada majlis yang diadakan pada Khamis lalu itu adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta penceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal.

Terdapat segelintir netizen tidak berpuas hati dan mempersoalkan kehadiran menteri dan penceramah yang dikatakan merentas negeri semata-mata untuk menghadiri majlis berkenaan dan mendakwa penyanyi tersohor itu tidak sensitif dengan situasi semasa.

ARTIKEL BERKAITAN 'Tiada rentas negeri, tetamu hadir kebetulan berada di KL' - Siti Nurhaliza

Artikel Berkaitan: