'Masih ada rumah penduduk tiada air, elektrik'

Muhammad Aiman beramah mesra dengan Mohd Muslim Salamat, 67, di Kampung Rinching Hilir, sebentar tadi.
Muhammad Aiman beramah mesra dengan Mohd Muslim Salamat, 67, di Kampung Rinching Hilir, sebentar tadi.
A
A
A

SEMENYIH - Calon PH bagi PRK DUN Semenyih, Muhammad Aiman Zainali lahirkan rasa sedih, setelah mendapat tahu bahawa masih ada rumah penduduk di sini, yang tidak dilengkapi bekalan eletrik dan air bersih.

Dedahnya perkhabaran itu diketahuinya setelah mengunjungi sebuah rumah penduduk di sini, hari ini.

"Memasuki hari ketiga berkempen, saya banyak berjalan ke kawasan kampung-kampung, saya amat sedih apabila bertemu dengan sebuah keluarga yang telah menetap selama 25 tahun, tetapi masih tiada air dan elektrik," katanya ketika menyampaikan ceramah isu-isu semasa di Kampung Rinching Hilir di sini, malam itu.

Turut hadir dalam ceramah berkenaan Timbalan Presiden PH Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden PH Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta beberapa pemimpin PH lain.

Justeru itu, katanya beliau terpanggil untuk membantu penduduk di sini dan akan terus membantu sekiranya terpilih menjadi ADUN Semenyih nanti.

"Saya nak perjuangkan dan nak bantu orang ramai.

"Saya nak sampaikan kepada penduduk Semenyih bahawa kerajaan akan bantu rakyat, jika saya diberi peluang saya akan teruskan agenda dan bawa insentif kepada penduduk," katanya.

Artikel Berkaitan: