Kes gaduh Lan Pet Pet: Polis panggil individu terlibat

Video pelawak popular, Lan Pet Pet memukul seorang lelaki tular di media sosial.
Video pelawak popular, Lan Pet Pet memukul seorang lelaki tular di media sosial.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menggesa individu yang terlibat dalam insiden perselisihan faham membabitkan seorang artis dikenali Lan Pet Let dengan penghantar makanan di hadapan Kedutaan Rusia, di sini untuk tampil bantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya telah menerima laporan berkenaan kejadian itu daripada Mazlan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Lan Pet Pet.

"Kejadian ini berlaku pada 1 Mei kira-kira jam 6.30 petang dan telah tular di media sosial dalam rakaman berdurasi 23 saat.

"Berdasarkan rakaman video itu, pergaduhan artis itu dengan seorang penghantar makanan dikatakan tercetus akibat selisih faham di jalan raya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau bagaimanapun berkata, sehingga kini penunggang motosikal terbabit masih belum tampil membuat laporan polis.

Katanya, pihaknya meminta kerjasama individu yang terlibat untuk tampil membuat laporan polis agar siasatan dapat dijalankan.

"Selain itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh menyalurkannya ke Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di talian 03-9289 9222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan," katanya.

Pada Isnin, video pelawak popular, Lan Pet Pet memukul seorang lelaki menarik perhatian netizen selepas tular di media sosial.

Artikel Berkaitan:

Menerusi video yang dirakam pengguna jalan raya ini, Lan Pet Pet turut ditenangkan oleh tiga lagi lelaki daripada terus memukul lelaki itu dalam kejadian yang berlaku di tepi jalan raya terbabit.

15 April 2019, pelawak terkenal Mazlan Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Lan Pet Pet didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban selepas mengaku salah memukul seorang pengawal keselamatan di sebuah kawasan perumahan di Nilai pada 6 April lalu.

Bekas anggota kumpulan pelawak Senario itu mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Mayon Yusof.

ARTIKEL BERKAITAN Tular video pelawak terkenal pukul penghantar makanan