Selangor jamin kenaikan tarif air tidak mendadak

tarif-air
tarif-air
A
A
A
SHAH ALAM - Kerajaan negeri akan memastikan kenaikan tarif air tidak akan mencecah RM3.15 (satu meter padu/ 1,000 liter) iaitu nilai tarif yang sepatutnya dikenakan kepada rakyat negeri ini sekiranya kerajaan BN masih memerintah Selangor.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, berkata, sebaliknya sekiranya terdapat sebarang kenaikan ia akan dibuat secara berperingkat dan tidak membebankan.

“Kita masih mengekalkan tarif sejak 2006 iaitu RM1.39 untuk satu meter padu. Ini saya ingatkan jika tidak berlaku pertukaran kerajaan pada 2008, kenaikan tarif air sekarang yang dinikmati rakyat adalah pada kadar 3.15 sen.

“Kerajaan negeri akan memastikan jika ada kenaikan, tidak akan mencecah angka sebesar ini, kita akan pastikan pengurusan air Selangor dapat terus membekalkan air bersih seterusnya menampung keperluan rakyat,” katanya dalam Sidang Dun di sini, hari ini.

Menurutnya, tarif yang boleh mencecah RM3.15 itu berdasarkan perjanjian konsesi air ketika pemerintahan dulu dan kenaikan tarif air bergantung kepada arahan dari Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli.
Artikel Berkaitan:


Menterinya, Dr Xavier Jayakumar, dalam reaksi balasnya memaklumkan perkara itu akan dibincangkan sebelum sebarang keputusan kenaikan dibuat.