Angkara cemburu wanita dipukul, ditendang bekas suami

Cemburu kerana menerima panggilan telefon daripada lelaki lain dipercayai menjadi punca seorang wanita dipukul bekas suaminya. Gambar hiasan
Cemburu kerana menerima panggilan telefon daripada lelaki lain dipercayai menjadi punca seorang wanita dipukul bekas suaminya. Gambar hiasan
A
A
A

SUBANG JAYA - Cemburu kerana menerima panggilan telefon daripada lelaki lain dipercayai menjadi punca seorang wanita dipukul bekas suaminya di sebuah rumah di Bandar Bukit Puchong di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, dalam kejadian pada jam 1 pagi, suspek berusia 46 tahun itu telah mengamuk dan marah bekas isterinya kerana ada menerima panggilan telefon daripada lelaki lain.

"Mangsa berusia 46 tahun itu telah menjelaskan kepada suspek tetapi dia tidak peduli dan memukul badan dan kepala serta menendang belakang badan wanita itu.

"Mangsa turut menggigit suspek dan membaling beberapa barang kepadanya kerana mahu mempertahankan diri," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Abd Khalid berkata, mangsa telah mengalami sakit di badan dan luka kecil pada muka.

"Mangsa telah membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Beliau berkata, suspek berjaya diberkas di rumah berkenaan pada jam 6 pagi hari yang sama.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Artikel Berkaitan:

"Suspek dijangka akan dituduh esok di mahkamah setelah tempoh reman berakhir," katanya.