'Insaflah ulama Pas'

Abdul Hamid
Abdul Hamid
A
A
A

SHAH ALAM - "Saya nak ingatkan Dewan Ulamak Pas... insaflah," kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap kritikan Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP) berhubung kenyataannya sebelum ini yang secara terbuka mendedahkan bahawa terdapat unsur rasuah dalam kalangan ahli politik.

Abdul Hamid berkata, pesanan tersebut ditujukan kepada ulama Pas agar mereka bermuhasabah diri dan tidak berpolitik dengan isu sedemikian.

"Saya nak beritahu Dewan ulamak Pas...muhasabahlah diri. Jangan berpolitik isu sebegini, berani kerana benar.

"Nak kritik saya, saya tak marah pun. Kritiklah.

"Tapi kritikan mereka ini tidak berasas. Jadi saya nak pesan kepada mereka ini, kalau nak main politik, ingatlah ALLAH. ALLAH maha kuasa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Sebelum ini, DUPP mengkritik ucapan Hamid berikutan kenyataan terbukanya dalam satu sidang akhbar berkenaan maklumat yang diperolehnya.

Abdul Hamid secara terbuka di hadapan wartawan mendakwa terdapat penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan membabitkan rasuah dalam kalangan ahli politik tertentu.

Artikel Berkaitan: