Wanita OKU hilang ditemukan lemas

Usaha mengeluarkan mayat mangsa dilakukan selepas ditemui terapung di Sungai Kuala Sepetang pada Isnin. - Foto ihsan PDRM
Usaha mengeluarkan mayat mangsa dilakukan selepas ditemui terapung di Sungai Kuala Sepetang pada Isnin. - Foto ihsan PDRM
A
A
A

TAIPING - Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) ditemukan lemas selepas terjatuh dari tebing sungai di belakang rumahnya di Sungai Kuala Sepetang di sini pada Isnin.

Mangsa, Beg Su Mei, 34, ditemukan terapung kira-kira jam 9 malam di balik tiang rumah jiran berhampiran.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, kehilangan mangsa disedari oleh bapanya yang berusia 64 tahun selepas panggilannya tidak bersahut.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat mangsa kemudiannya dijalankan sekitar jam 7 petang sebaik menerima laporan kehilangan mangsa yang disyaki terjatuh sungai.

Mayat mangsa lemas dibawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat. - Foto ihsan PDRM
Mayat mangsa lemas dibawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat. - Foto ihsan PDRM

"Pihak polis bersama anggota Balai Bomba dan Penyelamat Taiping dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia mencari dan mengesan mangsa yang jatuh di sepanjang belakang rumah-rumah tepi sungai Kuala Sepetang.

"Mayat mangsa kemudian ditemui oleh pasukan penyelamat terapung di balik tiang rumah berhampiran dan usaha mengambil mayat dilakukan dengan menggunakan sampan milik nelayan," katanya di sini pada Selasa.

Osman berkata, pemeriksaan pada fizikal mangsa tidak menemukan unsur-unsur jenayah.

Artikel Berkaitan:

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Taiping dan hasil bedah siasat mengesahkan kematian mangsa adalah lemas.

"Siasatan lanjut mendapati mangsa juga menghidap epilepsi. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.