Ayam pasu resipi tradisional

No Image Caption
A
A
A

Aroma sabut kelapa dan kayu api, menjadikan Ayam Pasu C'Som digemari ramai.

Cubaan kali pertama Mohd Faizol Fairuz bersama kakaknya Cornellia Marini membuahkan hasil apabila 30 ekor ayam pasu mereka habis dijual setiap hari ketika ditemui digerai mereka di Kampung Bunga Emas, Simpang Empat di sini.

Bagi mengekalkan keenakan ayam pasu ini, ayam tersebut diperap terlebih dahulu dengan bancuhan rempah tradisional resepi ibu mereka. Ayam yang telah diperap, dikukus separuh masak sebelum dibakar dengan menggunakan sabut kelapa dan kayu api di dalam pasu.

Bagi memastikan ayam kekal lembab dan 'juicy' ayam disapu dengan perencah rempah sekali lagi sebelum ayam masak sepenuhnya. Ayam Pasu yang siap masak dijual dengan harga RM26 seekor bersama sebungkus sambal belacan dan kuah kari.

Kelihatan Cornellia Marini membakar ayam yang telah siap diperap. - Foto Bernama

Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan