X

Kindly register in order to view this article
!

Kes Covid -19 di India lepasi 20 juta

Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di India kini sudah mencecah 20.28 juta selepas mencatat lebih 357,229 jangkitan pada Selasa, - Gambar hiasan
A
A

NEW DELHI - Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di India kini sudah mencecah 20.28 juta selepas mencatat lebih 357,229 jangkitan pada Selasa, menurut Kementerian Kesihatan, lapor Agensi Anadolu (AA) melaporkan.

Sementara itu, seramai 3,449 lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sehingga kini sebanyak 222,408.

Sejak Sabtu terdapat sedikit penurunan selepas mencatat jumlah jangkitan tertinggi iaitu 400,000 kes. Negara ini mencatatkan 392,488 kes pada Ahad dan 368,147 kes pada Isnin.

India yang bergelut dengan peningkatan kes menyebabkan sistem kesihatan negara lumpuh menyaksikan hospital kekurangan katil, bekalan oksigen dan ubat-ubatan. Banyak negara tampil membantu dengan menghantar bekalan perubatan.

Kebanyakan pesakit dilaporkan meninggal dunia akibat hospital tidak lagi berupaya menyediakan bantuan peralatan oksigen.

India minggu lalu memulakan kempen vaksinasi kepada penduduk berumur 18 tahun ke atas namun usaha ini berdepan kesukaran kerana terdapat beberapa negeri menghadapi kekurangan bekalan vaksin.

Menurut data, setakat ini sebanyak 158 juta dos vaksin sudah diberikan. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!