Pemain Sinar Harian FC meninggal dunia

Allahyarham (bawah, kiri) ketika beraksi dengan Sinar Harian FC
Allahyarham (bawah, kiri) ketika beraksi dengan Sinar Harian FC
A
A
A

IPOH - Skuad Liga Perdana Ipoh, Sinar Harian FC menerima berita sedih minggu lalu apabila seorang pemain skuad berkenaan Sarkawi Isa, 37 meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) 12 Februari lalu.

Perkara berkenaan disahkan pengurus skuad The Media Warriors (TMW), Isna Aizarulhisyam Ismail kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Menurut Isna Aizarulhisyam, Allahyarham mula dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada 27 Januari lalu kerana mengalami kesukaran untuk bernafas dan disyaki menghidap paru-paru berair.

Bagaimanapun Isna Aizarulhisyam berkata, pihak HRPB memohon agar arwah mendapatkan rawatan lanjut di Kuala Lumpur.

“Pihak HRPB memaklumkan arwah ada kanser di paru-paru. Oleh pada 11 Februari arwah pun dimasukkan ke HKL untuk menerima rawatan lanjut.

No Image Caption

“Bagaimanapun, arwah hanya sempat berada di HKL untuk tempoh semalam sahaja apabila menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 6 petang,” katanya.

Urusan pengebumian Allahyarham kemudiannya diuruskan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambun, pada tengah malam itu juga.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, arwah meninggalkan seorang isteri serta dua anak yang masing-masing berusia empat dan tiga tahun.

Sementara itu mengulas mengenai Allahyarham, Isna Aizarulhisyam berkata, sudah pasti pihaknya sedih dengan pemergian Allahyarham yang boleh diibaratkan sebagai kehilangan seorang sahabat.

Katanya, Allahyarham seorang yang periang serta suka membantu rakan-rakan lain yang menghadapi masalah.

“Arwah juga pernah beraksi bersama pasukan lain seperti Owls FC, Maybank FC dan Rock 6 FC.

"Kepada sahabat-sahabat yang mengenali arwah diharapkan agar dapatlah dimaafkan serta diampuni segala salah silap arwah selama ini, bersamalah kita berdoa semua segala urusan arwah dipermudahkan dan rohnya dicucuri rahmat,” katanya.