X

Kindly register in order to view this article
!

Polis tahan Yusuf Azmi, lima lelaki kes pukul warga asing

Tular satu rakaman video menunjukkan sekumpulan lima hingga enam lelaki mengepung dan menyoal seorang lelaki dipercayai warga asing di hadapan sebuah premis kedai.
A
A

KAJANG - Polis telah menahan enam lelaki termasuk Yusuf Azmi bagi membantu siasatan berhubung video tular kejadian seorang lelaki warga asing dipukul oleh sekumpulan lelaki di kawasan kaki lima kedai di Taman Alam Jaya Batu 9 Cheras di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya telah menahan enam lelaki berusia antara 24 hingga 54 tahun.

"Walau bagaimanapun, seorang daripada mereka telah diberikan jamin polis malam tadi memandangkan dia adalah pemilik premis di tempat kejadian," katanya melalui kenyataan pada Selasa.

Mohd Zaid berkata, kelima-lima lelaki yang ditahan itu telah dibawa ke Mahkamah Kajang bagi permohonan reman.

"Kesemua mereka telah direman selama sehari. Kes masih lagi dalam siasatan," katanya.

Mohd Zaid memaklumkan orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian ini, boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Mohd Radzee Jamudi di talian 019-665 5811.

Terdahulu tular satu rakaman video menunjukkan sekumpulan lima hingga enam lelaki mengepung dan menyoal seorang lelaki dipercayai warga asing di hadapan sebuah premis kedai.

Menerusi video berdurasi seminit 54 saat itu, seorang suspek memukul lelaki warga asing berkenaan diikuti beberapa rakan suspek melakukan tindakan sama.

Beberapa hantaran di Facebook (FB) mendakwa kejadian itu didalangi kumpulan suspek terdiri daripada pengerusi dan pengikut sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang marah kepada suspek kerana didakwa menjual baju cetak rompak NGO terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN Polis siasat video tular warga asing dipukul lelaki tempatan


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!