Penyamun 'kecut perut' disimbah petrol

Mangsa menyimbah petrol ke arah penyamun dalam cubaan samun di sebuah stesen minyak di Chile. - Foto Reddit
Mangsa menyimbah petrol ke arah penyamun dalam cubaan samun di sebuah stesen minyak di Chile. - Foto Reddit
A
A
A

SANTIAGO - Tindakan pantas seorang lelaki menyimbah petrol ke arah sekumpulan penyamun berjaya menyelamatkan dirinya dalam cubaan samun di sebuah stesen minyak di Chile.

Menerusi laporan Daily Mail, video tular dimuat naik di laman Reddit menunjukkan lelaki terbabit sedang mengisi minyak sebelum didatangi sebuah van berwarna putih.

Difahamkan, tiga lelaki yang memakai jaket berhud dilihat keluar daripada van tersebut lalu menuju ke arah mangsa untuk menyerang dan menyamun.

Namun mangsa bertindak bijak dengan menyimbah petrol ke arah tiga lelaki terbabit untuk menyelamatkan diri.

Ketiga-tiga penyamun yang menyedari disimbah petrol berlari semula ke arah van untuk melarikan diri dari tempat kejadian.

Mangsa juga sempat menyimbah petrol ke arah van terbabit.

Insiden itu yang dipercayai berlaku di Chile dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) namun kejadian keseluruhan tidak diketahui.

Artikel Berkaitan: