PRK DUN Melor tangguh: SPR

Kenyataan SPR pada Selasa.
Kenyataan SPR pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub berhubung kekosongan luar jangka kerusi DUN Melor, Kelantan pada Isnin.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, ia selaras dengan Perkara 46(5) Bahagian Pertama Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan telah memperuntukkan kekosongan sesuatu kerusi DUN Kelantan perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi tersebut.

“Walau bagaimanapun, memandangkan proklamasi darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 11 Januari 2021 [P.U.(A) 7/2021] dan peruntukan Seksyen 13 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 berkaitan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa maka pilihan raya kecil bagi DUN N.23 Melor, Kelantan ditangguhkan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Pada Isnin Speaker DUN Kelantan memberitahu, DUN Kelantan menyerahkan notis pemakluman kekosongan kerusi DUN Melor itu kepada SPR melalui Setiausaha DUN Kelantan di Pejabat SPR Kota Bharu menerusi serahan tangan.

ARTIKEL BERKAITAN: ADUN Melor meninggal dunia

Pada Jumaat lalu, ADUN Melor, Dr Md Yusnan meninggal dunia di rumahnya di Ketereh kira-kira jam 2 pagi akibat serangan jantung.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu, Md Yusnan mewakili Pas memenangi kerusi DUN Melor dengan majoriti 647 undi.

Beliau meraih 7,820 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Azmi Ishak yang mendapat 7,173 undi dan calon Pakatan Harapan (PH) Abdul Aziz Abdul Kadir 2,122 undi.

Artikel Berkaitan: