Chelsea mahu kecewakan Real Madrid

Chelsea mahu layak ke final Liga Juara-Juara dengan mengecewakan Real Madrid.
Chelsea mahu layak ke final Liga Juara-Juara dengan mengecewakan Real Madrid.
A
A
A

PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel berhasrat untuk ‘mengecewakan’ Real Madrid terutamaya kapten skuad Los Blancos itu, Sergio Ramos pada aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara di Stamford Bridge, pada awal pagi Khamis dengan tidak membariskan walau seorang pun penyerang dalam kesebelasan utama.

Menurut Tuchel, taktikal sedemikian pernah beberapa kali digunakannya sejak beberapa minggu lalu dan kebiasaannya ia berhasil memberikan kejayaan kepada The Blues.

Bagaimanapu menurutnya, perancangan taktikal berkenaan masih belum dimuktamadkannya bagi aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara kali ini kerana mahu meneliti beberapa perkara termasuk keberkesanannya kelak.

“Saya masih belum memuktamadkan perkara ini. Namun, jika kami beraksi tanpa seorang pun penyerang, dan Ramos (Sergio) tidak melakukan apa-apa tugas, ia juga boleh menjadi satu penyelesaian kepada kami.

“Ia satu cabaran lain buat kami; kerana dia juga adalah kapten pasukan yang juga individu yang sering membantu menyelesaikan pelbagai permasalahan termasuk menjawab pelbagai persoalan daripada pihak media.

“Apa pun, kami tetap menunggu serta melihat pemain manakah yang berada pada tahap kecergasan dan prestasi terbaik selain memahami bentuk atau corak permainan kita,” katanya.

Pada aksi separuh akhir pertama lalu, kedua-dua pasukan terikat 1-1 dan pertembungan kali ini bakal menentukan pasukan manakah yang bakal layak beraksi di pentas final yang dijadualkan berlangsung pada 29 Mei.

Sementara itu Tuchel berkata, aksi Chelsea dan Real Madrid, pastinya ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak khususnya penyokong kedua-dua pasukan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, berbekalkan dua sesi latihan yang diadakan baru-baru ini, dia yakin n skuad kendaliannya itu kini benar-benar bersedia untuk berdepan Real Madrid hasil dua sesi latihan yang dijalankan setakat ini.

“Perlawanan ini pastinya menarik dan kami sentiasa bersedia untuk perlawanan besar seperti ini.

“Namun dalam masa sama, kami juga percaya Real Madrid tidak akan memberikan laluan mudah kepada kami untuk ke final,” katanya.