Suruhanjaya Eropah saran longgar sekatan perjalanan ke EU

No Image Caption
A
A
A

BRUSSELS - Suruhanjaya Eropah pada Isnin meminta negara Kesatuan Eropah (EU) memberi kebenaran masuk kepada pelancong yang telah lengkap menerima vaksin Covid-19 dan yang datang dari negara epidemiologi yang baik, lapor Agensi Berita Xinhua.

"Suruhanjaya itu mencadangkan membenarkan kemasukan ke EU kepada pelancong dari negara dengan keadaan epidemiologi yang baik serta mereka yang sudah lengkap menerima dos vaksin diluluskan EU," kata badan eksekutif EU itu dalam satu kenyataan.

Pelancong yang menggunakan vaksin lain, diluluskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia juga akan diberi kebenaran.

Perjalanan tidak penting tanpa mengira status vaksinasi individu kini dibenarkan membabitkan tujuh negara mempunyai epidemiologi baik.

Cadangan itu akan dibincangkan minggu ini di Majlis EU.

Pada Mac, suruhanjaya itu mencadangkan penggunaan sijil digital yang dapat membuktikan pemegangnya negatif Covid-19, divaksinasi atau pulih dari penyakit ini. Sistem sijil sedang dirundingkan di antara institusi EU, dan dijangka selesai pada musim panas bertujuan menyelamatkan industri pelancongan blok itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: