X

Kindly register in order to view this article
!

Ejen FBI tembak lelaki cuba ceroboh ibu pejabat CIA

Beberapa buah kereta polis ditempatkan di lokasi kejadian seorang lelaki yang ditembak selepas dia cuba memasuki ibu pejabat CIA di Langley, Virginia pada Isnin. - Foto AFP
A
A

WASHINGTON - Seorang lelaki cedera ditembak oleh ejen-ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Isnin selepas berlaku satu perbalahan selama beberapa jam di pintu masuk ibu pejabat Agensi Perisik Pusat (CIA) di Langley, Virginia.

Menurut portal berita NBC, dua pegawai penguat kuasa undang-undang berkata, lelaki tersebut cuba memandu masuk ke dalam ibu pejabat itu tetapi dihalang oleh pengawal bersenjata di pintu masuk bangunan berkenaan.

Beberapa pegawai CIA dilaporkan berunding dengan lelaki itu selepas dia enggan untuk beredar dari pintu masuk tersebut.

Tidak lama kemudian, lelaki itu keluar dari keretanya bersama sepucuk pistol sebelum dia ditembak oleh ejen-ejen FBI.

Menurut AFP, lelaki itu kemudian cedera dan dihantar ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, menurut dua pegawai tersebut, lelaki itu mengalami gangguan mental dan pernah beberapa kali cuba memasuki bangunan CIA.

Lelaki itu juga mendakwa terdapat sebutir bom di dalam keretanya, menurut laporan CNN.

Identiti lelaki itu masih belum didedahkan oleh pihak berkuasa.

Kawalan keselamatan di ibu pejabat itu telah dipertingkatkan sejak beberapa tahun lalu. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!