X

Kindly register in order to view this article
!

Pelantar minyak tenggelam, 101 krew nyaris maut

Pelantar minyak laut dalam milik Velesto, Naga 7 berdekatan perairan Sabah dan Brunei dilaporkan tenggelam susulan kerosakan pada salah satu kaki sokongan pelantar itu.
A
A

[DIKEMASKINI] Sebuah pelantar minyak laut dalam milik Velesto, Naga 7 di perairan Sarawak dilaporkan tenggelam susulan kerosakan pada salah satu tiang sokongan.

ConocoPhillips Sarawak Ltd dalam satu kenyataan tengah hari Selasa menyebut kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 2.45 petang Isnin itu telah menyebabkan pelantar menyenget 10 peratus daripada posisi awal.

Kenyataan syarikat itu turut memaklumkan susulan kejadian, pasukan tindakan kecemasan (ERT) telah dikerah dan pihak berkuasa berkaitan telah dimaklumkan.

"Keutamaan kami ialah keselamatan petugas dan kami mengesahkan semua kru berjaya dikeluarkan dari Naga 7.

"Tiada kecederaan atau kerosakan alam sekitar dilaporkan."

Naga 7 merupakan pelantar 'jack up' dengan kaki julur bebas premium yang berupaya untuk menggerudi sehingga 30,000 kaki dan kadar operasi kedalaman air sejauh 375 kaki
Naga 7 merupakan pelantar 'jack up' dengan kaki julur bebas premium yang berupaya untuk menggerudi sehingga 30,000 kaki dan kadar operasi kedalaman air sejauh 375 kaki

Memetik laporan portal The Star, kesemua 101 krew Naga 7 berdepan detik cemas itu berjaya diselamatkan melalui operasi penyelamatan oleh kapal Perdana Marathon dan Armada Tuah.

Kesemua mangsa yang selamat dipindahkan ke darat bagi tujuan keselamatan.

Punca dan nilai kerosakan sedang disiasat.

Naga 7 merupakan pelantar 'jack up' dengan kaki julur bebas premium yang berupaya untuk menggerudi sehingga 30,000 kaki dan kadar operasi kedalaman air sejauh 375 kaki.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!