X

Kindly register in order to view this article
!

Budak 9 tahun guna wang simpanan beli 100 mesin oksigen

Licypriya turut merayu kepada orang ramai untuk menyumbang mesin oksigen kepada India. - Foto Twitter Licypriya
A
A

NEW DELHI - Aktivis kanak-kanak atau lebih dikenali 'Greta of India' sanggup berkorban wang simpanannya sendiri untuk membeli 100 mesin oksigen kepada pesakit Covid-19 setelah negaranya dilanda gelombang kedua pandemik Covid-19.

Menerusi laporan The India Times, Licypriya Kangujam, 9, pada ciapannya di Twitter pada Jumaat telah menempah 100 mesin oksigen dengan nilai 50,000 rupee (RM2,763) setiap satu.

Dalam hantaran sama, dia sedaya upaya membantu negaranya dengan membelanjakan wang simpanan sendiri selain mengajak orang ramai turut serta dalam aktiviti kebajikan terbabit.

"Saya juga sedang mengumpul lebih banyak dana daripada anugerah yang diterima tahun lalu. Mari mendoakan yang terbaik," katanya.

Aktivis alam sekitar ini juga memohon orang ramai untuk menderma dan menyelamatkan ribuan nyawa yang hilang akibat kekurangan bantuan pernafasan.

Seorang anak mengucapkan terima kasih kepada Kangujam kerana memberi sumbangan mesin oksigen kepada ibunya yang juga pesakit Covid-19. - Foto: Twitter Licypriya
Seorang anak mengucapkan terima kasih kepada Kangujam kerana memberi sumbangan mesin oksigen kepada ibunya yang juga pesakit Covid-19. - Foto: Twitter Licypriya

“Hanya 100 mesin oksigen tidak mencukupi. Mohon sumbangan untuk menolong saya membeli lebih banyak. India sedang nazak," katanya.

Sementara itu, Licypriya turut merayu kepada kerajaan Taiwan dengan menghubungi Menteri Luar, Joseph Wu untuk membantu India menangani krisis kesihatan terburuk terutama dalam kekurangan oksigen.

Joseph dalam kenyataan balasnya memberitahu pihaknya akan sedaya upaya membantu rakyat India.

Susulan itu, pada pagi Khamis lalu, Taiwan mengumumkan negara itu akan menghantar 150 mesin oksigen ke India minggu ini selain berjanji Taiwan akan menghantar lebih banyak lagi bantuan selepas itu.

Selain itu, menerusi ciapan baharu Licypriya di Twitter menggalakkan orang ramai di mana ibu bapa mereka yang sudah pulih daripada Covid-19 supaya tidak lupa tanam sekurang-kurangnya 20 pokok untuk membekalkan oksigen semula jadi.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!