X

Kindly register in order to view this article
!

A
A

Orang Kurang Upaya (OKU) Mohamad Fakrulradzi Zahari, 24 (kiri) dibantu Amil Zakat, Abd Aziz Abd Rahman, 70, (kanan) ketika keluar selepas selesai menunaikan bayaran zakat fitrah di Masjid Al Ansar Meru Semalam.

Jika diikutkan logik akal, boleh sahaja beliau memberikan 1001 alasan disebabkan kekurangannya namun atas rasa tanggungjawab sebagai umat Islam, zakat fitrah tetap dilaksanakan tanpa sebarang rungutan.

Beliau berkata menjadi ketua keluarga sebuah isi rumah yang kecil dengan hanya terdapat ibu dan kakaknya, telah menjadikan beliau lebih berdikari dalam melaksanakan rutin tahunan bagi mewakili pembayaran zakat fitrah untuk mendapatkan keredhaan ilahi.

Bagi Mohamad Fakrulradzi, yang kudung kedua belah kaki kerana terpaksa dipotong ketika berusia lima tahun, zakat fitrah diwajibkan kepada mereka yang berkemampuan (bersyarat) untuk membantu orang susah, asnaf atau anak yatim dan hanya perlu membayarnya setahun sekali. - Foto Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!