Mayat bayi reput dalam kotak plastik

Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki meletakkan kotak plastik mengandungi mayat seorang bayi perempuan di Jalan Kluang, Batu Pahat pada 27 April lalu.
Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki meletakkan kotak plastik mengandungi mayat seorang bayi perempuan di Jalan Kluang, Batu Pahat pada 27 April lalu.
A
A
A

BATU PAHAT- Mayat seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui di dalam sebuah kotak plastik di belakang sebuah premis perniagaan di Jalan Kluang, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, polis menerima laporan daripada orang awam mengenai penemuan mayat bayi berkenaan pada 6.40 petang.

"Berdasarkan keadaan tubuh badan yang sudah mula mereput, bayi perempuan berkenaan dipercayai ditinggalkan lebih daripada 24 jam.

"Polis sudah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar premis perniagaan berdekatan tempat kejadian yang menunjukkan seorang lelaki meletakkan kotak berkenaan pada 27 April lalu," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Ismail berkata, mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat.

"Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat di talian 07-4363300.

Artikel Berkaitan: