iGuru bantah tindakan boikot, tak hadir ke sekolah

Mohd Azizee Hasan
Mohd Azizee Hasan
A
A
A

SEREMBAN - Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) membantah tindakan Nationwide School Walkout Day (NWSD) Alliance yang menggesa agar guru dan pelajar tidak hadir ke kelas pada minggu hadapan sebagai bantahan gejala gangguan seksual di sekolah.

Presidennya, Mohd Azizee Hasan berkata, gesaan NWSD itu bertentangan dengan prinsip Rukun Negara iaitu 'Kesopanan dan Kesusilaan'.

Menurutnya, membudayakan gerakan memboikot daripada hadir ke sekolah adalah satu bentuk pelanggaran disiplin dan membuka ruang melahirkan generasi biadab dan mencabar kedaulatan undang- undang.

"Para pelajar tidak wajar diajar untuk ponteng sekolah atau kelas atas apa pun alasan yang tidak munasabah," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian pada Selasa.

Ia bagi mengulas gesaan pihak yang dinamakan sebagai NWSD Alliance agar guru dan pelajar tidak hadir ke kelas pada minggu hadapan sebagai bantahan gejala gangguan seksual di sekolah.

Kata Mohd Azizee, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sepatutnya mengambil langkah proaktif dalam menangani isu gangguan seksual terhadap pelajar perempuan di sekolah.

Mengulas lanjut katanya, tindakan itu perlu bagi meleraikan rasa bimbang mangsa dan ibu bapa.

"Ini bagi mengelakkan tanggapan masyarakat bahawa sekolah tidak selamat untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.

Artikel Berkaitan:

"Persekitaran harmoni antara guru dan pelajar penting untuk kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas," katanya.

Ujarnya, pelajar perlu mendapat jaminan keselamatan diri ketika berada di sekolah demi memastikan ruang pembelajaran mereka aman dan selamat.

"iGuru mengecam mana- mana tindakan salah laku gangguan seksual kepada pelajar susulan insiden yang telah berlaku kepada seorang pelajar dengan gurauan jenaka rogol.

ARTIKEL BERKAITAN:'Anak saya terima ugutan rogol'

ARTIKEL BERKAITAN: Polis siasat kes guru disyaki galak perbuatan rogol