Eky senjata rahsia Gergasi Merah

Shahrel FIkri menjadi nadi kebangkitan Selangor FC ketika membenam PJ City FC di Stadium MBPJ pada Ahad.
Shahrel FIkri menjadi nadi kebangkitan Selangor FC ketika membenam PJ City FC di Stadium MBPJ pada Ahad.
A
A
A

PENGENDALI Selangor FC, Karsten Neitzel mempertahankan keputusannya yang memasukkan Shahrel Fikri Md Fauzi sebagai pemain gantian ketika kemenangan tipis 2-1 ke atas PJ City FC dalam aksi Liga Super di Stadium di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Ahad.

Kemasukan Shahrel Fikri atau Eky pada babak kedua ternyata mengubah rentak serangan skuad Gergasi Merah itu yang bangkit menerusi dua gol sumbangan penyerang import, Ifedayo Olusegun pada penghujung perlawanan.

“Pada awal perlawanan, ia agak sedikit sukar untuk bermain kerana pasukan lawan (PJ City) memiliki kekuatan sehingga pemain-pemain saya terpaksa berlari setiap masa di tengah padang.

“Selepas 60 atau 70 minit aksi berlangsung, kami memerlukan pemain gantian yang bagus dan perlawanan akan lebih terbuka dalam tempoh tersebut. Sebab itu, Eky dimasukkan dan dia melakukan kerja yang baik,” katanya selepas perlawanan.

Dalam perlawanan itu, PJ City FC mendahului menerusi rembatan kaki kiri V Ruventhiran pada minit ke-25 sebelum Ifedayo meledak dua gol menuju penghujung babak kedua, sekali gus memastikan tiga mata berharga buat gergasi Lembah Klang itu.

“Menentang PJ City bukan satu perlawanan mudah. Pada babak pertama, kami sukar untuk menguasai bola dan mencipta peluang selain menghadapi masalah dengan serangan balas pantas pihak lawan.

“Namun, dalam babak kedua, kami mengubah formasi dan ia berjaya memberikan impak kepada pasukan. Tahniah kepada pemain dan saya sangat gembira dengan kemenangan ini,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: