X

Kindly register in order to view this article
!

32 pasukan sahut cabaran MPFL

Rosmadi bersama dengan wakil penaja MPFL 2021 musim ini.
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan sebanyak 32 pasukan daripada persatuan bola sepak negeri dan kelab akan beraksi pada Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2021.

Daripada jumlah itu, 20 pasukan bersaing dalam kategori lelaki yang dijadual bermula 12 Jun hingga 28 Ogos, manakala baki 12 pasukan akan memeriahkan saingan kategori wanita dari 12 hingga 22 Ogos.

Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai FAM, Datuk Seri Rosmadi Ismail berkata, badan induk itu telah menjalankan saringan dokumen terperinci sebelum meluluskan permohonan 32 pasukan untuk beraksi.

“Menerusi proses saringan ini FAM berpeluang untuk memperkenalkan struktur sukan futsal dan juga mendidik pasukan-pasukan ini mengenai pengurusan dan pentadbiran pasukan futsal di peringkat kebangsaan,” katanya yang juga Naib Presiden FAM dalam kenyataan pada Isnin.

Pada Majlis Undian MPFL 2021 yang berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya itu, FAM turut mengumumkan CUCKOO sebagai penaja utama MPFL 2021, selain beberapa penaja sedia ada yang meneruskan kerjasama musim ini.

Taklimat pasukan MPFL dijalankan pada 27 April lalu secara dalam talian, dan sesi tersebut membincangkan tentang garis panduan serta maklumat berkaitan pengadilan, peraturan serta protokol operasi pertandingan dan lain-lain perkara.

Edisi kedua MPFL tahun lalu ditangguhkan sebelum dibatalkan ekoran pandemik Covid-19 selepas diperkenalkan pada 2019.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!