New Zealand mahu kenakan cukai digital

Hasil cukai digital itu akan diperoleh daripada syarikat gergasi termasuk Google.
Hasil cukai digital itu akan diperoleh daripada syarikat gergasi termasuk Google.
A
A
A

WELLINGTON - NEW ZEALAND. Kerajaan New Zealand pada Isnin mengumumkan ia merancang untuk mengemaskini undang-undang supaya ia boleh dapat hasil cukai daripada syarikat gergasi seperti Google, Facebook dan Amazon.

Perdana Menteri, Jacinda Ardern berkata, Kabinet bersetuju untuk mengeluarkan satu dokumen perbincangan tentang cara memperbaharui rangka kerja cukai untuk memastikan firma terbabit membayar cukai secara adil.

"Sistem cukai semasa kami tidak adil dalam cara ia melayan pembayar cukai individu dan syarikat multinasional," ujarnya.

Jelasnya, firma yang menawarkan rangkaian media sosial, platform perdagangan dan pengiklanan dalam talian memperoleh pendapatan daripada pengguna di New Zealand tanpa dikenakan cukai pendapatan.

Nilai perkhidmatan digital rentas sempadan di negara itu dianggarkan bernilai kira-kira NZ$2.7 bilion (RM7.6 bilion).

Sementara itu, Menteri Kewangan, Grant Robertson menganggarkan pendapatan bagi cukai perkhidmatan digital adalah antara NZ$30 juta (RM84 juta) dan NZ$80 juta (RM224 juta). - Reuters

Artikel Berkaitan: