Usaha beri vaksin kepada barisan hadapan perlu dipertingkatkan

Zahidi Zainul Abidin (kiri) menyampaikan kit penjagaan diri kepada penerima pada majlis perasmian misi penyerahan Kit Penjagaan Kesihatan Diri Pencegahan Covid-19 kepada isi rumah petugas barisan hadapan negara hari ini. -Foto Bernama
Zahidi Zainul Abidin (kiri) menyampaikan kit penjagaan diri kepada penerima pada majlis perasmian misi penyerahan Kit Penjagaan Kesihatan Diri Pencegahan Covid-19 kepada isi rumah petugas barisan hadapan negara hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin mencadangkan agar usaha menyediakan vaksin Covid-19 kepada petugas barisan hadapan, termasuk pihak media dan keluarga mereka dipertingkatkan lagi.

Zahidi berkata, ini kerana terdapat segelintir pekerja dalam kategori barisan hadapan belum menerima vaksin berkenaan.

“Petugas barisan hadapan ini dilihat cukup penting, sebab itu kerajaan dan kalau boleh syarikat swasta, perlu memberi segala kemudahan dan bantuan terutamanya kepada barisan hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program penyerahan kit kesihatan diri pencegahan Covid-19 kepada isi rumah petugas barisan hadapan negara pada Isnin.

Program anjuran Pertubuhan Perubatan Sukan dan Senaman Sedunia (WSSEM) itu akan mengagihkan sebanyak 500 hingga 1,000 kit kesihatan pencegahan COVID-19 yang dilengkapi pelitup muka dan pensanitasi tangan kepada petugas barisan hadapan di seluruh negara.

Sebagai permulaan, kit itu akan diberikan kepada petugas media yang sentiasa menjalankan tanggungjawab membuat liputan berita. - Bernama

Artikel Berkaitan: