Persiapan sambutan Aidilfitri

A
A
A

Pekerja kontrak memasang hiasan lampu berbentuk ketupat, bulan sabit dan bintang bagi memeriahkan suasana menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi ketika tinjauan di sekitar pusat bandar Labuan hari ini.

Masyarakat Islam di negara ini bakal menyambut Aidilfitri dalam norma baharu kali kedua berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat ancaman pandemik Covid-19.

Orang ramai diminta agar terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan kerajaan dalam usaha berterusan memerangi Covid-19 di negara ini.

Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan