X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: 2,500 kes baharu, Selangor kekal rekod kes tertinggi

DR NOOR HISHAM
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kes baharu Covid-19 pada Isnin menurun ke paras 2,000 apabila 2,500 kes dilaporkan, menjadikan jumlah kes kumulatif jangkitan dalam negara kini sebanyak 417,512 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitternya berkata, daripada jumlah itu dalam tempoh 24 jam lepas, Selangor merekodkan jumlah kes tertinggi melibatkan 637 kes diikuti Kelantan (401) dan Sarawak (356).

Ia diikuti Johor dengan 205 kes; Kuala Lumpur (200); Pulau Pinang (194); Kedah (103); Negeri Sembilan (97); Melaka (95); Perak (59); Sabah (57); Pahang (55); Terengganu (38) dan Putrajaya (tiga), sementara Labuan serta Perlis tidak merekodkan sebarang kes baharu.

Dalam kenyataan media, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 2,068 kes sembuh dicatatkan menjadikan jumlah kumulatifnya 385,208 kes manakala kes aktif kini 30,753.

Katanya, sejumlah 352 kes ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 186 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan manakala terdapat pertambahan 18 kematian menjadikan jumlah keseluruhan angka korban akibat wabak itu kini 1,551 orang.

Jelasnya, terdapat sembilan kluster baharu dikenal pasti pada Isnin melibatkan masing-masing tiga kluster komuniti dan tempat kerja, serta dua kluster sektor pendidikan termasuk satu kluster institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM) serta satu kluster pusat tahanan.

Kluster komuniti berkenaan ialah Kluster Lorong Galing, Pahang; Kluster Jalan Dahlia Lima, Melaka dan Kluster Bunga Raya di Kedah, manakala kluster tempat kerja iaitu Kluster Industri Mahkota 2, Selangor; Kluster Jalan Jati Industri, Johor dan Kluster Tok Has, Terengganu.

Selain itu, kluster pendidikan lain melibatkan Kluster Jalan Bandar, Johor, manakala kluster institusi pendidikan KPM ialah Kluster Indera Mahkota Dua di Pahang. Kluster pusat tahanan ialah Kluster Jalan Meru Utama di Perak. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!