X

Kindly register in order to view this article
!

Jemaah haji akan diberi vaksin Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ketika sidang media selepas Program Ramadan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bersama Komuniti di Hospital Kuala Lumpur hari ini. Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Jemaah Malaysia yang dipilih mengerjakan ibadah haji tahun ini akan diberikan vaksin Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca seperti yang diiktiraf oleh kerajaan Arab Saudi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkaitan perkara itu.

“Menerusi perbincangan ini, semua jemaah akan menerima vaksin Pfizer-BioNTech sekiranya bekalan mencukupi. Sekiranya tidak, vaksin AstraZeneca akan digunakan,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian sumbangan Tabung Kebajikan Hospital Wilayah Persekutuan di Hospital Kuala Lumpur pada Isnin.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan ibadah haji dan umrah, Zulkifli berkata, perkara itu akan dibawa ke Majlis Keselamatan Negara (MKN) selepas kerajaan Arab Saudi membuat keputusan berkaitan pelaksanaan ibadah itu.

Arab Saudi ketika ini belum membuat sebarang keputusan mengenai ibadah haji dan umrah musim ini dan negara itu hanya mengiktiraf vaksin Covid-19 jenama Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!