World #QuranHour pupuk nilai tanggungjawab, amanah

Program Hasil #QuranHour di Masjid Wilayah Persekutuan pada Isnin. - Foto ASRIL ASWANDI SHUKOR
Program Hasil #QuranHour di Masjid Wilayah Persekutuan pada Isnin. - Foto ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pembudayaan dengan cara memahami dan menghayati al-Quran mampu melahirkan penjawat awam yang bertanggungjawab, amanah dan berintegriti tinggi.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Mohd Jaafar Embong berkata, nilai berkenaan penting bagi memastikan kecemerlangan sesebuah organisasi sekali gus menjamin kesejahteraan negara.

Datuk Mohd Jaafar Embong
Datuk Mohd Jaafar Embong

“Ini merupakan kali ketiga LHDN menyertai kempen World #QuranHour bagi menyokong hasrat program meraikan detik turunnya al-Quran di bulan Ramadan.

“Program ini mendorong kita untuk menjadi insan yang lebih bertakwa sekali gus melahirkan pekerja yang bertanggungjawab, beramanah dan juga berintegriti tinggi,” katanya.

Sesi tadarus al-Quran daripada 250 kakitangan LHDN di Masjid Wilayah Pesekutuan pada Isnin. - Foto ASRIL ASWANDI SHUKOR
Sesi tadarus al-Quran daripada 250 kakitangan LHDN di Masjid Wilayah Pesekutuan pada Isnin. - Foto ASRIL ASWANDI SHUKOR

Beliau berkata demikian ketika membacakan teks ucapan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Seri Dr Sabin Samitah sempena program Hasil #QuranHour di Masjid Wilayah Persekutuan di sini pada Isnin.

Program dihadiri 250 kakitangan LHDN itu dimulakan dengan tadarus dan khatam al-Quran, kemudian disusuli sesi tadabbur Surah al-Mulk ayat 1-30 oleh Ustaz Mohammad Rozie Mohd Rejab.

Artikel Berkaitan:

Majlis turut disempurnakan dengan sesi penyerahan simbolik wakaf al-Quran daripada Eksekutif Kanan Wakaf, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (YWUI), Megat Zamzuri Raslan kepada Mohd Jaafar.

Program Hasil #QuranHour di Masjid Wilayah Persekutuan pada Isnin. - Foto ASRIL ASWANDI SHUKOR
Program Hasil #QuranHour di Masjid Wilayah Persekutuan pada Isnin. - Foto ASRIL ASWANDI SHUKOR

Secara keseluruhan, program tersebut dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dengan mengehadkan 250 kakitangan selain memakai pelitup muka dan mendaftar aplikasi MySejahtera.

World #QuranHour anjuran YWUI bersama rakan sinergi di bawah naungan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bakal diadakan pada 24 Ramadan 1442H bersamaan 6 Mei ini.

Sesi tadarus al-Quran daripada 250 kakitangan LHDN di Masjid Wilayah Pesekutuan pada Isnin. - Foto ASRIL ASWANDI SHUKOR
Sesi tadarus al-Quran daripada 250 kakitangan LHDN di Masjid Wilayah Pesekutuan pada Isnin. - Foto ASRIL ASWANDI SHUKOR

Ia bersiaran secara langsung dari Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Astro Oasis, TV Al-Hijrah, Bernama TV, RTM dan platform digital Sinar Harian.