Enam bazar Ramadan dibuka semula dengan SOP ketat: Exco

Jagdeep Singh Deo
Jagdeep Singh Deo
A
A
A

GEORGETOWN - Sekumpulan peniaga boleh menarik nafas lega susulan enam bazar Ramadan di Pulau Pinang yang sebelum ini diarah tutup dibenarkan beroperasi semula pada 5 Mei ini.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa, Jagdeep Singh Deo berkata, berita baik itu sudah dimaklumkan kepada kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

Bagaimanapun Jagdeep berkata, kesemua peniaga yang terlibat perlu memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat atau mereka bakal berdepan tindakan sama sekiranya mengulangi kesilapan lama.

"Kesemua bazar berkenaan dibenarkan beroperasi semula pada 5 Mei ini mengikut SOP ditetapkan dengan lebih ketat.

"Orang ramai juga perlu ada tanggungjawab mematuhi garis panduan ditetapkan supaya tidak ada lagi bazar di Pulau Pinang ditutup selepas ini," katanya kepada pemberita di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), pada Isnin.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan enam bazar Ramadan di negeri ini diberi notis penutupan sementara bagi mengekang penularan Covid-19.

Ia membabitkan bazar Ramadan Taman Tun Sardon; pekarangan Masjid Daerah Barat Daya; Astaka Bukit Gedung dan Kampung Melayu di bahagian pulau manakala di Seberang Perai pula membabitkan Jalan Tenggiri dan Taman Bertam Indah.

Artikel Berkaitan: