X

Kindly register in order to view this article
!

Tiga maut, 27 cedera bot bawa imigran terbalik

Serpihan sebuah bot yang membawa 30 pendatang haram berkecai dipercayai melanggar terumbu karang di San Diego pada Ahad. - Foto AFP
A
A

LOS ANGELES - Tiga orang terbunuh dan 27 lagi cedera selepas sebuah bot disyaki digunakan untuk tujuan penyeludupan manusia terbalik sebelum pecah di luar pantai San Diego, California pada Ahad lalu.

Menurut portal berita CNN, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, Monica Munoz berkata, pihaknya menerima laporan bahawa sebuah bot terbalik berhampiran Monumen Kebangsaan Cabrillo di Point Loma kira-kira pukul 10.27 pagi waktu tempatan.

Seorang anggota penyelamat pantai San Diego, James Gartland memberitahu pemberita, bot itu dipercayai melanggar terumbu karang sebelum berkecai menyebabkan 30 orang yang menaikinya tercampak keluar.

"Ia merupakan bot penyeludup. Ejen-ejen kawalan sempadan Amerika Syarikat (AS) bersama seorang lelaki dipercayai merupakan pengatur operasi ini," kata seorang pegawai dari Pejabat Hal Ehwal Awam Perlindungan Sempadan dan Kastam AS, Jeffery Stephenson seperti dilaporkan oleh AFP.

Beliau berkata, apa yang dipentingkan oleh para penyeludup ialah keuntungan dan bot itu membawa muatan berlebihan dan tidak mempunyai peralatan keselamatan yang mencukupi.

Para penumpang yang menaiki bot itu dipercayai imigran yang cuba memasuki AS, katanya.

Seramai 27 orang yang selamat dihantar ke sebuah hospital kerana mengalami pelbagai kecederaan, tambah seorang jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat San Diego, Jose Ysea.

Beberapa pegawai berkata, kebanjiran migran itu disebabkan oleh peningkatan kemiskinan dan keganasan di Amerika Tengah selain janji Presiden AS, Joe Biden yang mengamalkan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap imigran.

Setakat ini tidak diketahui dengan jelas kewarganegaraan penumpang bot yang sepanjang 12 meter itu. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!