Wartawan perlu diberi ruang, kebebasan melapor: Anwar

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa wartawan dan pihak media mesti diberi ruang serta kebebasan dalam melapor selaras dengan Perlembagaan yang menjamin hak berkenaan.

Menurutnya, di Malaysia wartawan dan media diganggu gugat serta diancam pendakwaan dalam menyampaikan laporan yang mungkin tidak enak pada halwa telinga pemerintah.

“Sebagai masyarakat dan negara yang berpaksi pada demokrasi, sikap sebegini adalah sikap yang tidak bertanggungjawab serta menampakkan betapa lemahnya pemerintah yang ada hari ini di semua segi,” katanya dalam satu kenyataan sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia pada Isnin.

Ahli Parlimen Port Dickson itu menambah, keterbukaan dan kritikan tidak harus diinjak malah mesti dirai dan dihormati sekiranya mahu membangun tamadun yang beretika serta cemerlang.

Mengulas mengenai Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, Anwar berkata, sambutannya dapat meningkatkan kesedaran umum mengenai pentingnya aspek kebebasan akhbar dalam mana-mana masyarakat yang terbuka dan demokratik.

“Ia juga mengingatkan semua pihak, tugas mereka untuk menghormati dan mendukung hak kebebasan bersuara seperti termaktub di bawah Artikel 19, Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat,” katanya.

Artikel Berkaitan: