X

Kindly register in order to view this article
!

Dua ditahan bantu siasatan kes mayat rentung

Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar
A
A

KUALA TERENGGANU - Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes mayat rentung yang dijumpai di dalam cerun semak di Kampung Padang Air, Kuala Nerus pada 17 April lalu.

Kedua-dua lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an hingga awal 60-an itu ditahan di dua lokasi berasingan di daerah Marang pada Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, kedua-duanya direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Susulan penahanan kedua-dua suspek, kita berjaya merampas beberapa barang bukti yang mungkin boleh membantu siasatan.

"Bagaimanapun, siasatan lanjut berhubung kes berkenaan sedang giat dijalankan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa mungkin dibunuh sebelum dibakar

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat ditemui terbakar mungkin wanita

ARTIKEL BERKAITAN: Suspek bakar mayat belum ditangkap


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!