X

Kindly register in order to view this article
!

Kerajaan Pulau Pinang beri bayangan laksana PKP lebih ketat

Kon Yeow
A
A

GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow memberi bayangan yang negeri ini akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lebih ketat dalam masa terdekat.

Menurutnya, perkara itu akan dibincangkan petang ini dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, rakyat di negeri ini diseru untuk mematuhi apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Kita perlu mematuhi apa sahaja keputusan MKN termasuk mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang akan dibuat mengikut perlaksanaan keputusan ini.

"Kita menyeru semua pihak menerima keputusan dengan lebih tegas sekiranya PKP yang lebih ketat diperkenalkan," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di KOMTAR pada Isnin.

Kon Yeow berkata, apa yang dilakukan kerajaan ketika ini adalah bertujuan mengawal keadaan dan wabak daripada ia lebih menjadi lebih buruk.

"Itu matlamat asas untuk kita terima.

"Jadi kita tunggu pengumuman Perdana Menteri nanti," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!