X

Kindly register in order to view this article
!

25 maut, dua bot berlanggar di Bangladesh

Gambar fail menunjukkan sebuah bot yang terbalik diangkut dengan menggunakan kren selepas berlanggar dengan sebuah bot kargo di Sungai Shitalakshya, Narayanganj pada 5 April lalu. - Foto AFP
A
A

DHAKA - Sekurang-kurangnya 25 orang mati manakala lima lagi terselamat apabila dua buah bot berlanggar di Sungai Padma, dekat bandar Shibcahr tengah Bangladesh pada Isnin, kata polis.

Bot yang padat dengan penumpang dan membawa sekurang-kurangnya 30 orang itu berlanggar dengan sebuah kapal yang membawa muatan pasir.

"Kami telah menyelamatkan lima orang dan menemui 25 mayat," kata ketua polis tempatan, Miraz Hossain kepada AFP.

Bagaimanapun, ramai lagi dilaporkan hilang manakala sejumlah pegawai bomba dan tempatan masih meneruskan operasi mencari mangsa-mangsa kemalangan itu.

Kemalangan di sungai sering terjadi di negara yang mempunyai ratusan sungai itu.

Pada awal April lalu, lebih 30 orang mati apabila sebuah bot yang penuh dengan penumpang berlanggar dengan sebuah kapal kargo di di Sungai Shitalakshya, Narayanganj.

Sekurang-kurangnya 32 orang mati selepas sebuah feri karam di Dhaka selepas ia berlanggar dengan sebuah lagi feri pada Jun tahun lalu.

Pada Februari 2015, sekurang-kurangnya 78 orang mati apabila sebuah kapal yang membawa lebihan muatan berlanggar dengan sebuah bot kargo. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!