X

Kindly register in order to view this article
!

Abdul Hamid yakin Acryl Sani mampu pacu PDRM lebih cemerlang

Abdul Hamid (kiri) berkata, beliau memberikan segala sokongan, kepercayaan, keyakinan kepada Acryl Sani untuk mengemudi PDRM. - Foto Twitter Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Tan Sri Abdul Hamid Bador yakin penggantinya, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani mampu memberi banyak manfaat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Memetik laporan Astro Awani, Abdul Hamid yang mengakhiri perkhidmatannya sebagai Ketua Polis Negara hari ini berkata, sokongan dan dokongan ketua-ketua polis negeri serta pengarah-pengarah bahagian akan memastikan kejayaan Acryl Sani dalam pasukan.

"Saya dengan ini apabila telah serahkan jawatan, saya memberikan segala sokongan, kepercayaan, keyakinan kepada Acryl Sani untuk mengemudi PDRM dan seterusnya saya yakin keterampilan beliau, pengalaman beliau dan jurusan akademik beliau yang tinggi itu akan memberikan banyak manfaat kepada pasukan dan negara," jelasnya.

Abdul Hamid berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Serah Tugas Ketua Polis Negara dan Pengerusi Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Polis (Perkep) pada Isnin.

Majlis itu disaksikan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said.

ARTIKEL BERKAITAN: Abdul Hamid serah tongkat kuasa KPN kepada Acryl Sani

Dalam pada itu, Acryl Sani menyeru semua warga PDRM melaksanakan setiap tugasan dengan penuh amanah, berintegriti.

"Jika ditanya perasaan saya ketika ini, ikhlas saya kata ia seolah satu beban yang berat diletakkan di atas bahu.

"Saya percaya bahawa jika bersendirian saya tidak mampu menggalas tanggungjawab tersebut, dalam setiap kali saya menerima tugas-tugas baharu, perasaan mampu atau tidak sentiasa berlegar.

"Saya yakin terhadap barisan pengarah jabatan, ketua polis negeri dan daerah untuk membantu meneruskan tugas yang belum selesai," kata Acryl Sani yang akan memulakan tugas sebagai Ketua Polis Negara ke-13 esok.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!