X

Kindly register in order to view this article
!

A
A

Peniaga buluh lemang, Rastam Dol, 41, menunjuk buluh lemang telah siap diproses untuk dihantar kepada pelangan ketika tinjauan di Kampung Tanjung Rimau Dalam di sini.

Rastam berkata bekalan buluh yang telah siap diproses itu dibeli dari Orang Asli yang turun mencari buluh di sekitar hutan sempadan antara negeri Melaka dan Negeri Sembilan.

Katanya beliau akan menghantar tempahan buluh lemang yang siap diproses kepada peniaga lemang yang menempahnya sejak awal Ramadan. Setiap ikatan mempunyai 50 batang buluh lemang yang siap diproses.

Sehingga kini beliau menjual hampir 10 ribu batang buluh kepada para peniaga lemang di sekitar Melaka.

Menurut beliau, harga sebatang buluh dijual antara RM1.50 hingga RM1.80 sebatang bergantung pada saiz dan panjang. - Foto Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!