Peminat serbu Old Trafford, aksi MU lawan Liverpool tangguh

Peminat mengadakan protes sebelum perlawanan EPL antara Manchester United dan Liverpool di Stadium Old Trafford. - Foto Reuters
Peminat mengadakan protes sebelum perlawanan EPL antara Manchester United dan Liverpool di Stadium Old Trafford. - Foto Reuters
A
A
A

ISTANBUL - Perlawanan Manchester United (MU) bertemu Liverpool yang sepatutnya diadakan pada Ahad terpaksa ditangguhkan atas faktor keselamatan berikutan peminat mengadakan protes di Stadium Old Trafford Manchester, lapor Agensi Anadolu.

"Keselamatan semua orang di Old Trafford adalah menjadi keutamaan. Kami memahami perasaan semua tetapi kami mengecam tindakan ganas dan kerosakan yang dilakukan terutamanya pelanggaran terhadap peraturan Covid-19.

"Peminat mempunyai banyak saluran untuk menyuarakan pandangan mereka, tetapi tindakan segelintir peminat tidak boleh diterima," kata Liga Perdana dalam satu kenyataan.

Peminat berkumpul di Old Trafford kira-kira 1 petang waktu tempatan kerana membantah keputusan awal pemilik kelab MU, Glazer yang mahu terbabit dengan Liga Super Eropah.

Perlawanan pada awalnya dijadual bermula 3.30 petang tetapi ditangguhkan, tarikh baharu perlawanan akan dimaklumkan kemudian. - Bernama

Artikel Berkaitan: