Lima sesat di Pulau Mawar ditemui selamat

Anggota bomba melakukan pencarian lima mangsa yang sesat di sekitar Pulau Mawar di Mersing Ahad.
Anggota bomba melakukan pencarian lima mangsa yang sesat di sekitar Pulau Mawar di Mersing Ahad.
A
A
A

MERSING - Dua lelaki dan tiga wanita yang dilaporkan sesat di Pulau Mawar, Tanjung Resang, Endau di sini pada Ahad ditemui selamat.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Supian Yahaya berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada jam 2.35 petang.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat disertai lapan anggota dan sebuah jentera FRT serta satu utiliti Hilux.

Anggota bomba melakukan pencarian lima mangsa yang sesat di sekitar Pulau Mawar di Mersing pada Ahad.
Anggota bomba melakukan pencarian lima mangsa yang sesat di sekitar Pulau Mawar di Mersing pada Ahad.

"Kesemua mangsa berusia 19 hingga 52 tahun itu dipercayai sedang membuat aktiviti luar di pulau berkenaan.

"Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang sesat dilakukan di sekitar pulau. Kesemua mangsa bagaimanapun telah dijumpai dalam keadaan selamat," katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Mohd Supian berkata, operasi ditamatkan pada jam 4.18 petang.

Artikel Berkaitan: