Turki tarik balik peraturan kemuka keputusan PCR

Turki tidak lagi mewajibkan penumpang dari 16 negara dan wilayah mengemukakan keputusan ujian PCR Covid-19 negatif. - Foto 123RF
Turki tidak lagi mewajibkan penumpang dari 16 negara dan wilayah mengemukakan keputusan ujian PCR Covid-19 negatif. - Foto 123RF
A
A
A

ANKARA - Berkuat kuasa 15 Mei, Turki tidak lagi mewajibkan penumpang dari 16 negara dan wilayah mengemukakan keputusan ujian PCR Covid-19 negatif, kata Kementerian Kesihatan negara itu pada Ahad, lapor Agensi Berita Xinhua.

Antara negara itu ialah China (termasuk Hong Kong dan Taiwan), Vietnam, Australia, New Zealand, Singapura, Britain, Latvia, Luxembourg, Ukraine, Thailand, Korea Selatan, Jepun dan Estonia.

Turki pada Ahad melaporkan 25,980 kes baharu Covid-19 termasuk 2,587 pesakit bergejala menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,875,388.

Jumlah korban setakat ini seramai 40,844 orang sementara kes pulih meningkat kepada 4,480,381.

Menurut kementerian itu lagi jumlah pesakit kritikal seramai 3,532 dan keseluruhan ujian saringan Covid-19 yang sudah dilakukan setakat ini ialah sebanyak 47,744,338.

Turki memulakan program vaksinasi secara besar-besaran pada 14 Januari selepas pihak berkuasa meluluskan penggunaan kecemasan CoronaVac China. Lebih 13,815,000 orang telah divaksin setakat ini.

Negara ini melaporkan kes Covid-19 pertamanya pada 11 Mac 2020. - Bernama

Artikel Berkaitan: