Gempa bermagnitud 5.6 gegar pantai Indonesia

No Image Caption
A
A
A

MOSCOW - Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) pada Ahad melaporkan gempa berkekuatan 5.6 pada skala Richter melanda pantai Indonesia, lapor Sputnik.

Gegaran berlaku selepas tengah malam Isnin, jam 12.46 pagi waktu tempatan (17.46 GMT Ahad). Pusat gempa terletak 171 kilometer (km) di barat daya kota Padang, Sumatera Barat.

Gempa melanda pada kedalaman 16.4 km, namun belum ada kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: