256 Pati ditahan dalam operasi di Shah Alam

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 258 pendatang asing tanpa izin (Pati) termasuk dua kanak-kanak ditahan dalam operasi Jabatan Imigresen Malaysia di kawasan petempatan haram PATI dan kawasan perumahan di Batu Tiga, Shah Alam pada Sabtu.

Mereka adalah antara 411 warga asing yang diperiksa dalam operasi bermula 1 pagi, kata Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen Mohamad Fauzi Md Isa yang mengetuai operasi tersebut.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada warga Bangladesh, Indonesia, Myanmar dan India kerana disyaki tinggal secara haram di kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Mohamad Fauzi berkata antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Kesemua tahanan telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia Selangor untuk tujuan dokumentasi, siasatan dan tindakan susulan, katanya.

Beliau juga berkata pemeriksaan terhadap kira-kira 35 buah rumah teres di sebuah kawasan perumahan di Batu Tiga itu mendapati ramai rakyat tempatan yang masih lagi menyewakan rumah kepada warga asing yang tidak mempunyai dokumen yang sah untuk berada di Malaysia. - Bernama

Artikel Berkaitan: