Polis rampas mercun, rokok bernilai RM135,000

Antara mercun dan rokok seludup yang dirampa di sebuah premis di Pekan Parit Yaani, Batu Pahat pada Ahad.
Antara mercun dan rokok seludup yang dirampa di sebuah premis di Pekan Parit Yaani, Batu Pahat pada Ahad.
A
A
A

KLUANG - Polis menahan seorang lelaki dan merampas pelbagai jenis mercun serta rokok bernilai RM135,000 di sebuah premis di Pekan Parit Yaani, Batu Pahat pada Ahad.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am Simpang Renggam, Superintendan Dimin Awang berkata, lelaki tempatan berusia 39 tahun itu ditahan anggota pasukannya kira-kira jam 2.30 petang.

"Sebanyak 665 karton rokok seludup pelbagai jenama yang tidak mempunyai cukai kastam dan 1,157 kotak mercun pelbagai jenis telah dirampas," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Dimin berkata, tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Batu Pahat untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207) dan Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967," katanya.

Artikel Berkaitan: