Orang Kelantan tolong berhati-hati

Foto 123RF
Foto 123RF
A
A
A

BERMULA pertengahan April lalu, Kelantan menjadi negeri tumpuan seluruh negara apabila kes Covid-19 kembali menular dengan ganas.

Catatan pada 20 April lalu menunjukkan kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 di Kelantan adalah 1.43 melepasi Rt negara, 1.19.

Apa yang lebih mengejutkan, Rt 1.43 itu adalah rekod tertinggi pernah dicatatkan sejak Covid-19 mula menular negara kita Mac tahun lalu.

Nilai Rt adalah merujuk kepada kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Melihat keadaan semakin serius dan membimbangkan, kerajaan akhirnya mengambil keputusan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Kelantan sehingga 17 Mei ini.

Virus Covid-19 ini semakin hari semakin merebak di negeri Cik Siti Wan Kembang.

Sebelum ini, Kelantan dianggap antara negeri yang paling selamat kerana jumlah kes hanya berada di kedudukan dua angka.

Soalnya, siapa yang menjadi punca segala-galanya? Siapa yang patut dipersalahkan? Tepuk dada, tanya selera.

Artikel Berkaitan:

Sesudah jangkitan semakin bahaya, rakyat Kelantan pula tidak menunjukkan minat untuk mendaftar menerima suntikan vaksin.

Sehingga pertengahan April lalu, daripada sasaran 1.2 juta penduduk Kelantan untuk divaksin, hanya 249,000 orang yang baru mendaftar berdasarkan rekod aplikasi mySejahtera.

Apakah mahu memaksa kerajaan mengenakan total lockdown apabila semua aktiviti harian disekat dan semua orang, tak kira kerja apa sekalipun, kena duduk diam-diam dalam rumah.

Sudah ada tiga peniaga di Kelantan dikompaun RM50,000 kerana berniaga melepasi waktu ditetapkan.

Kes kompaun sampai RM50,000 terhadap seseorang peniaga tidak pula dilaporkan di negeri lain.

Apakah ia berlaku secara kebetulan? Apa yang pasti orang Kelantan kena berhati-hati.