X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 28 Oktober 2021

Sabah azam raih mata maksimum

Pemain Sabah FC jalani latihan menjelang pertemuan dengan Perak FC malam tadi. Gambar kecil: Kurniawan
A
A

TIGA aksi berturut-turut mulai 2 Mei, 5 Mei dan 8 Mei di laman sendiri tidak akan dipersia-siakan Sabah FC bagi meraih mata maksimum pada kesemua aksi berkenaan.

Pengendali Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto berkata, kejayaan meraih mata maksimum daripada kesemua perlawanan berkenaan akan membantu mengukuhkan kedudukan skuad The Rhino itu dalam saingan Liga Super kali ini.

Justeru menurut Kurniawan, bagi memastikan hasrat berkenaan tercapai, kesemua pemain diingatkan untuk bekerja keras ketika latihan sebagai persediaan untuk mengharungi ketiga-tiga aksi berkenaan.

“Sesuatu yang menarik apabila tiga aksi Liga Super bakal berlangsung berturut-turut di Stadium Likas mulai 2 hingga 8 Mei ini.

“Sudah pastinya, kesempatan ini tidak akan dipersia-siakan oleh pemain bagi mendapatkan mata maksimum daripada ketiga-tiga aksi berkenaan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.

Berdasarkan jadual, Sabah FC bakal berdepan Perak FC pada 2 Mei, diikuti Melaka United FC (5 Mei) dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Mengulas mengenai ketiga-tiga perlawanan berkenaan, Kurniawan berharap agar kesemua pemain Sabah FC bersedia secukupnya bagi berdepan ketiga-ketiga kelab berkenaan.

“Bagi saya, walaupun kita akan beraksi di gelanggang sendiri, tetapi ia tetap sukar kerana kita melibatkan kelab-kelab handalan seperti Perak FC, MUFC dan KDAFC.

“Apa pun pesanan saya kepada pemain, mereka perlu berhati-hati di sepanjang perlawanan dan paling penting mereka juga perlu yakin dan percaya kepada kemampuan diri sendiri,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!