Mangsa banjir bertambah 40 orang

Laporan Sinar Harian mengenai perkembangan banjir pada petang Ahad.
Laporan Sinar Harian mengenai perkembangan banjir pada petang Ahad.
A
A
A

TELUK INTAN - Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Chikus, di sini bertambah kepada 40 orang berbanding 24 orang pada jam 4 petang, Ahad.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Hilir Perak, Mohd Fazly Mohamad Zawawi berkata, jumlah itu melibatkan 12 keluarga di tiga kampung iaitu Parit 3 Chikus, Kampung Batu Pecah Chikus dan Kampung Belakang Kedai Degong.

Katanya, kesemua mangsa dipindahkan susulan banjir yang berlaku berikutan limpahan air Sungai Batang Padang akibat hujan lebat.

"PPS yang dibuka secara rasmi pada jam 3 petang itu menempatkan 24 orang dewasa dan 16 kanak-kanak.

"Seramai 26 petugas daripada pihak APM, polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan terlibat dalam kerja-kerja memindahkan mangsa," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Pada jam 4 petang, seramai 24 orang penduduk daripada sembilan keluarga terpaksa dipindahkan ke PPS di Dewan Chikus Langkap, daerah Hilir Perak selepas kediaman mereka dinaiki air akibat banjir pada petang Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Banjir: Sebuah PPS dibuka tempatkan 24 mangsa

Artikel Berkaitan: