Taktikal 'tiki-taka' Penang FC menjadi

Taktikal 'tiki-taka' semakin serasi dengan corak permainan Penang FC. - Foto FB Penang FC
Taktikal 'tiki-taka' semakin serasi dengan corak permainan Penang FC. - Foto FB Penang FC
A
A
A

TAKTIKAL ‘tiki-taka’ yang diamalkan Penang FC berjaya memerangkap Terengganu FC (TFC) dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Kuala Terengganu pada Sabtu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Penang FC, Datuk Dr Amar Pritpal Abdullah berkata, taktikal yang sering dibuat pada sesi latihan itu nyata cukup menjadi apabila Harimau Kumbang meraih kemenangan besar 4-1.

“Taktikal ‘tiki-taka’ ini sememangnya sering dipraktikkan oleh pemain pada sesi latihan bersama ketua jurulatih kita, Tomas Trucha. Taktikal ini juga kita gunakan ketika menewaskan Pahang sebelum ini dan kali ini taktikal yang sama kita gunakan untuk menentang TFC.

“Alhamdulillah, taktikal ‘tiki-taka’ yang banyak menggunakan hantaran-hantaran rendah ini sekali lagi telah memberikan kemenangan kepada kita kerana corak permainan kita memang berbeza daripada pasukan lain,” katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.

Pada perlawanan itu, Penang FC memperoleh gol menerusi Sheriddin Boboev pada minit ke-8, Endrick Dos Santos (min-21) dan Anselmo Arruda (min-65,68) manakala TFC menjaringkan gol tunggal menerusi Mohd Hakimi Abdullah pada minit ke-59.

Kemenangan berkenaan sekali gus menyaksikan skuad Haria Penang Haria itu melonjak ke tangga ketiga dengan merekodkan 22 mata - ketinggalan dua mata di belakang pendahulu, Johor Darul Ta'zim (JDT).

Sementara itu, Amar Pritpal berharap momentum kemenangan berkenaan dapat diteruskan ketika Penang FC berdepan Kuala Lumpur City FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Selasa.

Artikel Berkaitan: