PKPD di lima rumah panjang di Mukah, Sarawak

Gambar hiasan - Foto Bernama
Gambar hiasan - Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di lima rumah panjang di Mukah selama 14 hari bermula Isnin, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

JPBN dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan ia membabitkan Rumah Panjang Luni anak Jugah, Rumah Panjang Jali anak Empaling dan Rumah Panjang Lanyau anak Tuli.

“Turut dikenakan PKPD adalah Rumah Panjang Manna anak Mulok dan Rumah Panjang Nelson Chuat anak Glong,” menurut JPBN.

Pada Ahad, Sarawak mencatatkan 587 kes baharu Covid-19 dengan dua kematian.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak turut mengisytiharkan tiga lagi kluster baharu iaitu Kluster Sungai Tengah di Bau, Kluster Sungai Sebemban di Bintulu dan Kluster Sebujok di Sri Aman. - Bernama

Artikel Berkaitan: